Politik

Pemuda UMNO tawar diri calon PRK DUN Mahkota

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai wakil parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota nanti.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, sayapnya sedia menggalas tanggung jawab berkenaan sekiranya diberi peluang.

“Atas kejayaan di (PRK DUN) Nenggiri ini Datuk Seri (Ahmad Zahid Hamidi) Presiden (UMNO), Pemuda bersedia sekiranya diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengemudi PRK DUN Mahkota boleh tak,” aju Dr Akmal ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Permintaan tersebut diajukan di hadapan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada ketika itu turut hadir berada di kerusi perwakilan, dan disambut dengan sorakan oleh para perwakilan yang hadir.

Dr Akmal kemudiannya berkata, pada PRK DUN Nenggiri yang lalu, Barisan Nasional yang diwakili Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjaya memenangi 18 daripada 20 pusat daerah mengundi (PDM) yang diadakan.

Mohd Azmawi Fikri merupakan Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan juga Gua Musang berjaya menewaskan pencabarnya, Mohd Rizwadi Ismail dari Perikatan Nasional (PN) yang meraih 5,739 undi.

“Saya nak bagitau Datuk Seri, Nenggiri, Alhamdulillah kita dah berjaya, 18 dari 20 kita berjaya kembalikan

“(Dan) jika diberi tanggung jawab sekali lagi, insya Allah Pemuda sedia menggalas tanggung jawab di PRK DUN Mahkota,” kata Dr Akmal lagi.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (BN) meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button