
PRK Kuala Kubu Baharu: Pusat mengundi dibuka seawal jam 8 pagi ini
KUALA LUMPUR – Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan bermula seawal jam 8.00 pagi ini.
Pengundi diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian, bagi memudahkan semakan nama serta membantu kelancaran proses pengundian.
Selain itu, pengundi juga boleh melakukan semakan awal maklumat seperti pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan melalui portal https://mysprsemak.spr.gov.my, menghubungi talian SPR di 03-88927218 atau melalui aplikasi MySPRSemak.
Menurut data SPR, seramai 40,226 pemilih layak mengundi termasuk 863 pengundi awal.
Semantara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menasihatkan pengundi mengikut cadangan masa keluar mengundi yang digalakkan dan mengelak daripada keluar pada saat akhir.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao; Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional/PN); Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia/PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |