Berita SemasaPM X

Lawatan ke India berjaya raih potensi perdagangan bernilai RM8 bilion

NEW DELHI – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India berjaya membuahkan hasil apabila Malaysia meraih potensi perdagangan berjumlah RM8 bilion dalam pelbagai sektor.

Kata Anwar, antara sektor yang dimaksudkan termasuk minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, bahan kimia dan produk kimia, minyak dan gas serta alat ganti kapal terbang.

Perdana Menteri menambah, selain itu Malaysia turut berjaya mendapatkan komitmen pelaburan bernilai RM4.5 bilion daripada pelbagai sektor serta syarikat di negara ini.

“Nilai perdagangan Malaysia-India pada 2023 berjumlah RM72.31 billion (AS$16.53 bilion) dengan 168 projek pelaburan dilaksanakan sehingga Mac 2024 bernilai RM4.5 bilion, yang bakal mewujudkan 16,640 peluang pekerjaan,” kata beliau yang mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke India, hari ini.

Tambah beliau, lawatan ke India kali ini turut menyaksikan permeteraian lapan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan India serta tujuh MoU B2B (Perniagaan kepada Perniagaan) antara kedua-dua negara.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, kerana mengundang saya untuk lawatan rasmi ke India yang sangat memuaskan,” kata beliau kepada media Malaysia selepas berakhirnya lawatan tersebut, hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button