Berita Semasa

Dua kanak-kanak disangka hilang terperangkap di dalam lif

KUALA LUMPUR – Dua kanak-kanak lelaki yang disangkakan hilang ditemui semula selepas terperangkap selama sembilan jam di dalam lif yang terhenti operasi di Flat Desa Petaling di sini semalam.

Menurut ibu saudara salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ina berkata, anak saudaranya yang berusia 10 tahun keluar dari rumah untuk membeli pau dan bertemu dengan rakannya di Apartmen Pangsaria yang terletak berhampiran.

“Anak abang saya keluar dari rumah kira-kira pukul 2 petang, tetapi sehingga pukul 10 malam masih belum pulang.

“Kami sekeluarga mula bimbang dan melakukan pencarian di sekitar kawasan tersebut,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar harian.

Ina berkata, mereka sekeluarga merasa lega apabila kedua-dua kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan selamat sekitar pukul 1 pagi pada hari Selasa.

“Saya dimaklumkan bahawa mereka terperangkap lama dalam lif. Setelah beberapa jam, lif tersebut akhirnya terbuka dengan sendiri dan akhirnya mereka keluar dalam keadaan lapar dan mengantuk,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh, mengesahkan kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun tersebut terperangkap dalam lif apartmen tersebut selama kira-kira sembilan jam.

“Polis telah menerima dua laporan berhubung kebimbangan mengenai keselamatan kedua-dua kanak-kanak tersebut,” jelas beliau kepada Sinar Harian.

Show More

Related Articles

Back to top button