Berita SemasaLuar NegaraSukan

Atlet AS dakwa pingat gangsa Olimpik ‘tidak berkualiti’

LOS ANGELES – Atlet papan selaju dari Amerika Syarikat (AS), Nyjah Huston mendakwa pingat gangsa Olimpik Paris 2024 yang dimenanginya seminggu lalu, tidak mempunyai kualiti yang baik.

Huston tampil berkongsikan keadaan pingatnya yang kelihatan seolah-olah sudah ‘lusuh’ menerusi akaun Instagram miliknya, hari ini.

“Memang ia kelihatan hebat sewaktu saya menerimanya, namun selepas menyarungkannya ke badan dengan sedikit peluh dan memberi rakan-rakan memakainya, kualiti pingat itu sebenarnya tidak seperti yang anda sangkakan.

“Lihat keadaannya yang sedikit lusuh dan mula terkopek-kopek. Mungkin pingat Olimpik selepas ini perlu memiliki kualiti yang lebih baik,” katanya.

Huston, 29, meraih pingat gangsa setelah kecundang di tangan pemenang pingat emas Yuto Horigome dari Jepun dan rakan senegara dari AS, Jagger Eaton pada final acara street lelaki.

Huston merangkul pingat emas 12 kali dalam X-Games selain menang emas enam kali pada Kejohanan Dunia.

Show More

Related Articles

Back to top button