Luar Negara

Jokowi namakan pejabat baharu di Nusantara sebagai Istana Garuda

JAKARTA – Presiden Joko Widodo hari ini menamakan bangunan Pejabat Presiden di Ibu Kota Nusantara (IKN), Penajam Paser Utara (PPU) sebagai Istana Garuda, manakala Istana Presiden di IKN akan dikenali sebagai Istana Negara.

Pengumuman itu dibuat oleh Pemangku Ketua Lembaga IKN, Basuki Hadimuldjono selepas menghadiri mesyuarat dalaman dengan Presisen di Istana Garuda IKN, hari ini.

“Beliau menyatakan, ini Istana Garuda, bukan lagi Pejabat Presiden tetapi ia dinamakan Istana Garuda. Yang di bawah ialah Istana Negara,” kata Basuki dalam satu sidang akhbar di lobi Istana Garuda, lapor agensi berita ANTARA, hari ini.

Istana Negara IKN merupakan bangunan megah yang berfungsi sebagai kediaman rasmi Presiden Indonesia.

Ia terletak di Kawasan Teras Kerajaan Pusat (KIPP) IKN, di daerah Penajam Paser Utara (PPU).

Istana Garuda pula terletak betul-betul di belakang Istana Negara di atas sebidang tanah yang lebih tinggi, dan berfungsi sebagai pejabat Presiden.

Basuki yang juga Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) Indonesia berkata, nama-nama istana itu adalah rasmi dan dikenali orang ramai.

Show More

Related Articles

Back to top button