Berita SemasaLuar Negara

Empat maut dalam nahas pesawat SAM Air di Sulawesi Utara

GORONTALO – Empat termasuk kru dan penumpang pesawat SAM Air terbunuh apabila pesawat dalam penerbangan ke Bandar Panua Pohuwato, Sulawesi terhempas di kawasan sawah padi pagi ini.

Berita nahas itu disahkan oleh Pegawai di Pejabat Pencarian dan Pertolongan Gorontalo, Heriyanto kepada CNN Indonesia.

Pesawat dengan nombor pendaftaran PK SMH itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Djalaluddin di sini menuju ke Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato, kira-kira 160 kilometer dari Kota Gorontalo.

Pesawat yang membawa tiga kru termasuk seorang wanita itu dilaporkan terputus hubungan dan terhempas.

“Semua kru iaitu seorang juruterbang, pembantunya, jurutera dan seorang penumpang maut dalam kejadian itu.

“Kesemua mayat sudah dibawa keluar,” jelas Heriyanto.

 

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button