Berita Semasa

Kerajaan negeri Johor akan lancar sekolah rintis mulai tahun depan

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri bercadang melancarkan sekolah rintis Johor mulai tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hasrat itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Tambahnya, langkah ini turut selari dengan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti.

“Tumpuan khusus akan diberikan terhadap penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Bahasa Inggeris.

“Sebagai permulaan, ia akan melibatkan dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah yang sedang ditentukan oleh pihak JPNJ,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Onn Hafiz berharap hasrat membangunkan sekolah rintis itu akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button