Jenayah & Mahkamah

Ibu Bapa Zulfarhan lahir rasa syukur nasib anak terbela

PUTRAJAYA – Ibu bapa kepada Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain melahirkan rasa syukur sebaik enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah membunuh anaknya, tujuh tahun lalu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, hari ini.

Setelah selesai prosiding yang berlangsung lebih tiga jam itu, Zulkarnain Idros, 59, dan Hawa Osman, 60, terus melakukan sujud syukur di perkarangan mahkamah.

@malaysiatribune

Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu. #mahkamah #zulfarhan #upnm #malaysiatribune #gantung

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Anak kami cukup menderita apabila diseksa dengan kejam, banyak yang kita tidak tahu selama ini, akhirnya kami dapat dengar dengan jelas apa yang dilakukan mereka terhadap arwah.

“Kami mungkin akan buat kenduri doa selamat untuk keputusan ini,” kata Zulkarnain ketika ditemui media di perkarangan Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, dia dan isterinya sebak sebaik mendengar keputusan dibacakan oleh hakim.

“Anak kami cukup menderita apabila diseksa dengan kejam, banyak yang kita tidak tahu selama ini, akhirnya kami dapat dengar dengan jelas apa yang dilakukan mereka terhadap arwah,” katanya.

@malaysiatribune

Tiada yang dapat menggambarkan perasaan ibu bapa kepada Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain sebaik enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah membunuh anaknya, tujuh tahun lalu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, hari ini. Sebaik selesai prosiding yang berlangsung lebih tiga jam itu, Zulkarnain Idros, 59, dan Hawa Osman, 60, terus keluar dari mahkamah dan melakukan sujud syukur. #mahkamah #zulfarhan #upnm #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Terdahulu, Mahkamah Rayuan menerima
rayuan yang dikemukan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sekali gus mengenepikan hukuman penjara 18 tahun yang diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Keputusan hari ini diputuskan oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Selain itu, Mahkamah Rayuan juga menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap 12 lagi bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhamad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut itu kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Allahyarham dipukul dan didera oleh tertuduh dengan cara menekap seterika wap sehingga meliputi 80 peratus badan mangsa kerana dituduh mencuri komputer riba.

Show More

Related Articles

Back to top button