
Kes budak hilang: Polis tahan tiga bantu siasatan
JOHOR BAHRU – Polis sudah menahan tiga individu termasuk seorang wanita di sekitar Gelang Patah, Iskandar Puteri bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Eco Galleria, Taman Botani, Iskandar Puteri, dua hari lalu.
Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar, kes disiasat di bawah seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.
Beliau memaklumkan perkembangan itu dalam satu kenyataan.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bila tiga individu beruisa antara 28 hingga 55 tahun itu ditahan dan lokasinya.
Justeru orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan ke talian hotline Polis Johor 019-2792095 atau bilik gerakan di talian 07-2212999.
Kelmarin, Albertine Leo Jia Hui,6, disedari hilang oleh bapanya kira-kira pukul 8.30 malam sebelum membuat laporan polis.
Mangsa berketinggian 120 sentimeter (cm) dan berambut panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.
Ketika hilang, kanak-kanak itu memakai baju T-shirt putih bergambar ‘Mickey Mouse’ dan berseluar pendek.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |