Jenayah & Mahkamah

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini disambung reman tujuh hari lagi

HULU SELANGOR – Reman suspek lelaki yang terlibat dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 15 Julai lalu, disambung tujuh hari lagi.

Perintah sambung reman mulai Selasa sehingga 29 Julai itu dikeluarkan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas mendengar permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap dan pelitup muka kelihatan tiba di mahkamah pada jam 9 pagi tadi dengan menaiki kenderaan polis.

Sebelum ini, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 16 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Isnin lalu, jasad Allahyarham Nur Farah Kartini, 25, ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, pada kira-kira pukul 6 petang.

Suspek kemudian ditahan pada 15 Julai iaitu hari yang sama penemuan mayat tersebut.

Bekas penuntut UPSI itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Show More

Related Articles

Back to top button