
1,900 kanak-kanak Tabika KEMAS terima manfaat melalui kerjasama strategik KEMAS, PTPTN
KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,900 asnaf kanak-kanak TABIKA dan TASKA KEMAS bakal menerima manfaat hasil kerjasama strategik antara Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
KEMAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, PTPTN telah menyerahkan sumbangan zakat akaun simpanan SSPN PRIME PTPTN berjumlah RM190,000 kepada KEMAS yang bakal diterima RM100 bagi setiap kanak-kanak.
Jelasnya, sumbangan itu adalah salah satu usaha memastikan komitmen dan tanggungjawab KEMAS dalam mencapai misi memperkasa masyarakat luar bandar ke arah pembangunan holistik.
“Sumbangan ini merupakan usaha mewujudkan kefahaman dan kesedaran masyarakat berhubung dengan kepentingan penabungan simpanan untuk pendidikan,” katanya dalam kenyataan itu.
Mengulas lanjut, KEMAS berkata, kerjasama strategik itu adalah bagi membudayakan penabungan awal melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dalam kalangan warga dan kumpulan sasaran KEMAS.
“Kerjasama yang dijalin melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua belah pihak ini bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar melalui pelbagai program di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.
MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi manakala pihak PTPTN diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid.
Dalam pertukaran dokumen hari ini, KEMAS diwakili Jamaluddin Jamari (Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran KEMAS) dan Mastura Mohd Khalid (Ketua Pegawai Operasi PTPTN).
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |