Harimau Muda gah kemenangan 11-0 ke atas Brunei
SURABAYA- Harimau Muda negara mencipta sensasi apabila melakar kemenangan besar 11-0 menentang Brunei dalam saingan Kumpulan C Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 yang berlangsung di Stadium Gelora, di sini, sebentar tadi.
Perlawanan tersebut menyaksikan Abid Safaraz menjadi bintang utama dengan jaringan hatrik.
Pavithran Gunalan dan Haykal Danish masing-masing menyumbang dua gol, sementara Izzat Syahir, Amir Farhan, Zamirul Hakim dan Shafizan turut menyumbangkan satu gol seorang untuk melengkapkan kemenangan besar Malaysia.
Selepas kemenangan tersebut, skuad kendalian Juan Torres Garrido akan bersedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Singapura dalam perlawanan kedua Kumpulan C yang dijadualkan berlangsung pada Isnin pada pukul 8.30 malam.