Berita Semasa

6 struktur binaan haram dirobohkan DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan operasi bersepadu merobohkan struktur tanpa kelulusan di kawasan Kolam Tadahan Banjir, Jalan Klang Lama di Pantai Dalam di sini hari ini.

Menurut DBKL, operasi itu dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Integriti dan Pejabat Cawangan Lembah Pantai.

“Beberapa agensi sahabat juga turut terlibat dalam operasi tersebut seperti Polis Diraja Malaysia, Syarikat Bekalan Air Selangor serta Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak enam unit struktur binaan yang dibina tanpa kelulusan telah dirobohkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

 

sebanyak enam unit struktur binaan yang dibina tanpa kelulusan telah dirobohkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Katanya, kesemua sisa struktur telah dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut,” katanya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button