Berita Semasa

Rafizi Ramli tempelak laporan ringgit turun, saham turun, pelabur lari

PUTRAJAYA – Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli menempelak dakwaan daripada laporan Harakahdaily berkaitan ringgit jatuh, saham jatuh dan pelabur lari.

Rafizi berkata, fakta sebenar adalah berbeza dan jauh lebih positif daripada yang dilaporkan oleh Harakahdaily.

“Prestasi ringgit kita adalah yang kedua terbaik di Asia dan dijangka akan terus mengukuh menjelang akhir tahun ini.

“Pada hari ini, 17 Julai, ringgit mengukuh kepada 4.6652 berbanding 4.7931 pada 18 April yang lalu. Ini menunjukkan trend pengukuhan yang ketara dalam mata wang negara kita,” katanya dalam video yang dimuatnaik di TikTok beliau.

 

Tambah Rafizi, indeks komposit yang mengukur prestasi saham syarikat terbesar di Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang kukuh.

“Indeks komposit telah naik kepada 1,633 mata, iaitu peningkatan 21.09 peratus dalam setahun,” tambah Rafizi lagi.

Ujarnya, peningkatan tersebut menandakan keyakinan pelabur yang semakin pulih terhadap pasaran saham Malaysia.

Dalam pada itu katanya, indeks emas yang mengukur prestasi saham syarikat bersaiz sederhana dan kecil telah mencapai paras tertinggi dalam tempoh lima tahun.

“Indeks emas kini berada pada 12,678 mata, menunjukkan peningkatan 26.32 peratus dalam setahun,” jelas Rafizi.

Sehubungan itu katanya, ia membuktikan bahawa ekonomi Malaysia sedang berada pada landasan yang kukuh dan terus berkembang.

Rafizi juga menyentuh tentang pentingnya menyebarkan fakta yang benar kepada rakyat.

“Kita tidak boleh meyakinkan walaun dengan data dan fakta, tetapi kita boleh sebarkan fakta ini untuk menyelamatkan rakyat daripada pembodohan,” katanya.

Terdahulu, Harakahdaily melaporkan mengenai sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini oleh Datuk Rosol Wahid (PN Hulu Terengganu) kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Senator Fuziah Salleh berkaitan kenaikan harga barang.

“Tak tahulah timbalan menteri ini berada di planet lain barangkali. Diesel naik, SST naik, tarif elektrik naik.

“Yang turun, telur, alhamdulillah turun tiga sen Yang Dipertua. Ringgit turun, saham turun, pelabur lari, beras tempatan sampai sekarang ‘ghaibul ghuyub’,” kata Rasol Wahid.

Show More

Related Articles

Back to top button