PM X

Projek air Sungai Perak bagi bantu bekalan ke Pulau Pinang dimulakan tahun ini – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Projek pengurusan air di Sungai Perak yang sebahagiannya digunakan untuk pembekalan air ke Pulau Pinang akan dimulakan tahun ini, demikian maklum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, projek yang turut
digunakan untuk menampung keperluan industri
itu dapat dilaksanakan dengan segera susulan
beberapa isu terkait pemilikan tanah sudah diselesaikan dengan lebih awal.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Kerajaan Perak juga turut memeberikan kerjasama yang baik bagi pelaksanaan projek berkenaan.

“Apakah boleh disegerakan? Saya sudah umumkan bahawa projek ini memudahkan kerana tanah Kerian itu milik Sime Darby, jadi tidak ada isu pengambilan tanah, 1,000 ekar (404.7 hektar) itu milik Sime Darby dan mereka setuju (diambil alih).

“Kerajaan Perak pun setuju disegerakan, sebab itu projek berkenaan boleh dimulakan tahun ini juga iaitu pembesaran dan pemuliharaan Sungai Perak serta penyaluran paip yang dialihkan ke kawasan Kerian dan Seberang Perai,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang bertanyakan sama ada projek berkenaan dapat disegerakan pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan dana RM4 bilion bagi projek pengurusan air di Sungai Perak sebagai langkah jangka panjang menyelesaikan isu bekalan air.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penyelesaian bagi isu permintaan bekalan air yang tinggi oleh Pulau Pinang juga dapat diputuskan sebaik Perak bersetuju menjual sumber airnya kepada Pulau Pinang.

“Sultan dan Kerajaan Perak setuju bekalan air selepas dilihat unjuran bekalan air Sungai Perak itu melebihi kapastiti.

“Keutamaannya sudah tentu Larut, Matang, Selama dan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Kerian serta Bagai Serai dan Parit Buntar, yang menyalurkan 700 juta liter air juga untuk keperluan di Seberang Perai dan sebahagian Pulau Pinang,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button