Berita SemasaPM X

Basmi amalan ‘punggah’ kekayaan, MoF perlu lebih tegas – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana, Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan warga Kementerian Kewangan (MoF) supaya tidak membenarkan sebarang usaha memunggah kekayaan dengan menipu dan mengambil kesempatan daripada kontrak kerajaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, warga MoF perlu mengangkat martabat perjawatan sebagai penjawat awam malah digeruni kerana tata kelola yang tegas.

“Saya harap MoF muncul sebagai kementerian gagah dari segi tatakelola, kepintaran, kesungguhan, berkhidmat jadi mercu tanda bukan dari segi gedung dan fikrah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perhimpunan MoF di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood.

Tambah Anwar, beliau juga mahu semua amalan nonsense dihentikan baik dari segi perolehan, pengagihan peruntukan dan sebagainya.

Katanya, MoF juga harus memantau prinsip kewangan yang lebih telus kerana ia satu misi besar kerajaan memerangi segala penyalah gunaan kuasa dan penyelewengan.

Beliau berkata, walaupun usaha itu diperlekeh pembangkang tetapi soal tadbir urus adalah serius kerana sekiranya tidak tegas maka negara akan gagal.

“Saya mahu MoF dari segi tugasnya, tegas dari segi perolehan, pengagihan peruntukan dan memantau supaya prinsip kewangan itu lebih telus dan ini merupakan misi yang besar dalam memerangi salah guna kuasa,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan membawa mesej baharu bukan sahaja dari segi slogan Malaysia MADANI tetapi kesunggguhan untuk melaksanakannya.

Beliau juga yakin usaha itu jelas menunjukkan kerajaan kini tekad untuk bangkit bagi menyelamat dan membangunkan negara supaya menjadi hebat di rantau dan dunia.

Show More

Related Articles

Back to top button