The Raw. infak 50 tan beras untuk 10,000 keluarga asnaf
KUALA LUMPUR – Kira-kira 10,000 asnaf dalam kalangan wanita dan ibu tunggal di sini dan sekitar Selangor menerima 50 tan beras infak daripada jenama penjagaan kulit yang disandarkan oleh farmaseutikal sains, The Raw.
Wakil syarikat The Raw. International Sdn. Bhd., Nor Amira Amizan berkata, inisiatif tersebut diharap dapat meringankan bebanan golongan yang memerlukan terutamanya ibu tunggal untuk menyambut syawal yang tinggal beberapa hari saja.
“Menyedari pelbagai cabaran termasuk kenaikan kos sara hidup memanggil The Raw. untuk bekerjasama dengan beberapa organisasi untuk membantu mereka yang memerlukan.
“The Raw. merupakan salah sebuah syarikat berkembang pantas di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks yang sentiasa menekankan tentang kepentingan memberi sumbangan kepada masyarakat dengan bersedekah dan menjadi usahawan yang bermanfaat kepada ramai orang,” kata Nor Amira di sini semalam.
Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw. menginfak 6,000 kampit beras dianjurkan The Raw. bersama dengan Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell); Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis).
Ia juga mendapat sokongan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang serta Gabungan Pengerusi-Pengerusi Penduduk PA PPR DBKL WPKL.
Inisiatif itu sudah dimulakan dengan pengagihan 4,000 kampit beras kepada asnaf berhampiran empat masjid terpilih di sekitar Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Tambah Nor Amira, inisiatif yang dijalankan ini merupakan salah satu budaya dan nilai yang diterapkan dalam syarikat kami bagi memberi kembali kepada masyarakat.
Untuk rekod, The Raw. merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dalam industri kecantikan diasaskan oleh Adibah Mazlan, yang berpengalaman sebagai ahli farmasi.
Kini, The Raw. telah memasuki pasaran rangkaian farmasi seluruh negara.
Nor Amira menekankan kepentingan wanita mendapatkan kulit sihat tanpa menggunakan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri.
Jelasnya, produk The Raw. menggunakan bahan yang membantu wanita mendapatkan bukan saja kulit cantik tetapi apa yang lebih penting adalah sihat.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune