AgamaBerita Semasa

Isu Ustaz Don : Menteri Hal Ehwal Agama minta agamawan berhati-hati

MEKAH – Golongan agamawan di negara ini dinasihatkan supaya menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sumber dan rujukan diyakini terutama apabila melibatkan hukum yang bersandarkan al-Quran dan hadis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penceramah atau tokoh agama sebaik-baiknya membincangkan topik yang berkait dengan kepakaran masing-masing (pengkhususan) bagi mengelak tercetusnya kekeliruan.

Katanya, dalam kes apabila berlakunya kesilapan fakta atau rujukan, golongan itu perlu tampil membuat pembetulan dan permohonan maaf.

” Tidak salah untuk mengatakan tidak arif kerana Imam Malik, Imam Shafie sendiri ketika ditanya oleh muridnya menjawabn tidak tahu sekiranya mereka tidak tahu.

“Masalahnya kita apabila dapat soalan semua kita nak jawab. Sepatutnya dalam kes perkara yang kita tidak tahu, kita jawab tidak tahu.

“Itu yang diajar oleh ulama terdahulu sebab masyarakat hari ini apa sahaja yang dikeluarkan oleh mulut agama akan diterima kerana dahaga tentang ilmu agama,” katanya.

Dr Mohd Na’im berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes Ustaz Don Daniyal yang mencetuskan kekeliruan apabila mengatakan umat Islam boleh berpuasa pada hari Tasyrik.

Susulan kejadian itu, Ustaz Don telah memohon maaf atas kesilapan kenyataan yang diberikan.

Show More

Related Articles

Back to top button