Politik

Najwan mohon maaf kenyataan berbaur perkauman terhadap PSM

BANGI – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Najwan didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman itu terhadap PSM dan juga calonnya dalam kumpulan WhatsApp PKR baru-baru ini.

Timbalan Ketua PKR Shah Alam itu dikatakan menggunakan perkataan ‘parti India estet’ sebagai reaksi kepada PSM apabila parti itu mencalonkan aktivis sosial, M Sivaranjani bagi DUN Meru.

Dalam ciapan di Twitter, Najwan berkata, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tulisan tersebut.

Beliau menjelaskan, ia merupakan tanggapan dangkalnya terhadap PSM yang selama ini beliau kenali sebagai sebuah parti politik yang paling ke hadapan dalam menjuarai isu-isu masyarakat India khususnya yang tinggal dan bekerja di estet.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas tulisan tersebut dan ia merupakan tanggapan dangkal saya terhadap PSM yang selama ini saya kenali sebagai sebuah parti politik yang paling ke hadapan dalam menjuarai isu-isu masyarakat India khususnya yang tinggal dan bekerja di estet.

“Kedangkalan ini saya akui adalah dari kelemahan dan kekurangan saya yang tidak mengenali PSM secara dekat dan mendalam,” katanya dalam ciapan Twitternya.

Najwan turut mengakui perkara itu adalah daripada kelemahan dan kekurangan yang tidak mengenali PSM secara dekat serta mendalam.

Pada masa sama, Najwan menegaskan, beliau bukanlah seorang yang bersifat perkauman dan memiliki prejudis terhadap mana-mana kaum termasuk kaum India.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button