[VIDEO] SPM 2023: 11,713 catat keputusan semua A
PUTRAJAYA – Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, pencapaian calon SPM 2023 direkodkan lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) mencatat 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.
Untuk rekod, nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
“Seramai 226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2023 telah lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 57.1 peratus atau 213,624 calon pada tahun 2022.
“Seramai 93.5 peratus atau 349,297 calon layak mendapat sijil SPM 2023 berbanding 342, 742 pada tahun 2022,” katanya semasa mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2023, di sini hari ini.