Berita Semasa

1,100 calon SPM MRSM peroleh semua A, 44 calon dapat semua A+

KUALA LUMPUR – Seramai 44 calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berjaya memperoleh semua A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 berbanding seramai 34 orang pada tahun sebelumnya.

Menurutnya dalam satu kenyataan, bilangan calon yang memperoleh semua A adalah seramai 1,100 orang pada tahun 2023 berbanding dengan tahun 2022 hanya 1,006 orang sahaja.

“Terdapat peningkatan gred purata subjek (GPS) bagi subjek teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bagi subjek Bahasa Inggeris sebanyak 53 buah MRSM berjaya mencapai KPI BPM dengan lebih daripada 81 peratus pelajar memperoleh Gred Kepujian Tertinggi (Gred B+ dan ke atas).

“MRSM Kepala Batas, MRSM Gemencheh dan MRSM Pasir Salak mencatatkan keputusan 100 peratus A (A+, A dan A-) bagi subjek Matematik manakala 9 buah MRSM mencatatkan keputusan 100 peritus A (A+, A dan A-) bagi subjek Pendidikan Moral.

“Selain itu, subjek elektif seperti Prinsip Perakaunan juga menunjukkan peningkatan GPS. MRSM Kota Putra mencatatkan keputusan 100 peritus A bagi subjek Bahasa Arab,” katanya.

Dalam pada itu katanya, seramai 7,981 calon daripada 55 buah MRSM di seluruh Malaysia telah menduduki peperiksaan itu.

Katanya, keputusan SPM 2023 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.400 dengan 100 peritus calon layak menerima sijil peperiksaan tersebut.

“Lapan buah MRSM terbaik ialah MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Taiping, MRSM Kepala Batas, MRSM Johor Bahru, MRSM Pasir Tumboh, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Alor Gajah dan MRSM Pengkalan Chepa dengan
GPM kurang daripada 2.0.

“Sebanyak 31 buah MRSM berjaya mencapai sasaran Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) dengan memperoleh GPM kurang daripada 2.50. Tiga buah MRSM berjaya mencapai sasaran GPM yang ditetapkan mengikut program iaitu MRSM Tun Ghafar Baba yang mencapai sasaran program Bitara kurang daripada 1.50, MRSM Kepala Batas bagi program Ulul Albab mencapai GPM kurang daripada 1.80 dan MRSM Pasir Tumboh bagi program Premier kurang daripada 2.00,” katanya.

Sementara itu, katanya, pencapaian subjek STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) juga menunjukkan peningkatan GPS bagi subjek Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik.

“Berbekalkan kekuatan mental, fizikal, emosi dan semangat juang yang tinggi serta sokongan daripada pelbagai pihak, calon peperiksaan SPM 2023 telah menduduki peperiksaan dengan jayanya.

“Komitmen pengurusan MARA dan MRSM serta semua warga guru memainkan peranan besar dalam kejayaan SPM 2023. Sinergi semua pihak dalam memastikan segala program yang disusun berjalan lancar adalah
penyumbang utama kepada kejayaan cemerlang,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button