Berita Semasa

Lengkapkan proses ekuiti dalam DNB jika mahu terlibat dalam rangkaian 5G kedua

PUTRAJAYA – Semua syarikat telekomunikasi dalam negara diminta untuk melengkapkan proses pegangan ekuiti (Share Subscription Agreement) di dalam syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) sekiranya mahu terlibat dalam rangkaian 5G kedua negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Kabinet hari ini telah bersetuju rangkaian 5G negara beralih dari satu rangkaian kepada dwirangkaian.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dijangka akan mengumumkan proses tender bagi syarikat telekomunikasi yang berminat membida rangkaian kedua itu dalam masa terdekat.

“MCMC akan mengumumkan proses tender yang akan membolehkan syarikat-syarikat yang ingin terlibat dalam bidaan bagi rangkaian kedua memasukkan bidaan masing-masing.

“Tetapi, prasyaratnya ialah hanya syarikat-syarikat yang telah melengkapkan SSA ini boleh memasukkan tender”, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Dalam pada itu, syarikat yang terlibat diberi masa selama 20 hari untuk membuat keputusan berkaitan proses berkenaan.

Beliau turut berharap agar pegangan ekuiti dalam DNB dapat dilengkapkan dan dimuktamadkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam tempoh yang ditetapkan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button