Luar Negara

Selepas 12 jam terhempas, nasib Presiden Iran masih belum diketahui

TEHRAN – Selepas lebih 12 jam, nasib Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan penumpang helikopter yang terhempas ketika penerbangan ke bahagian utara negara itu masih belum diketahui.

Pesawat yang turut membawa Menteri Luar, Hossein Amir Abdollahian itu dikatakan terhempas di kawasan wilayah timur Azerbaijan dengan saksi penduduk kampung.

Sehubungan itu pihak berkuasa negara itu telah mengerahkan lebih 40 pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memohon rakyat negara itu mendoakan keselamatan Ebrahim dan penumpang helikopter itu.

Memetik laporan agensi berita Iran (IRNA), media tempatan melaporkan lokasi insiden dipercayai sekitar hutan Dizmar.

Show More

Related Articles

Back to top button