Juara Travel & Tours ambil pendekatan strategik, tawar perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji dan umrah
PORT DICKSON – Bagi mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan,
penyedia perkhidmatan haji dan umrah terkenal, Juara Travel & Tours Sdn Bhd (Juara) telah melaksanakan pelbagai pendekatan strategik yang mampu memacu perkembangan syarikat tersebut negara ini.
Pengarah Urusannya, Rosnah Wagino berkata, pihaknya yakin bahawa perancangan yang rapi dan usaha yang berterusan akan meningkatkan imej syarikat sehingga dikenali di Malaysia.
Jelas beliau, syarikat yang telah beroperasi lebih 20 tahun itu, kekal komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah dan haji pada masa akan selari dengan slogannya ‘Juara Pilihan Kami’.
“Pada musim haji tahun ini, Juara akan membawa seramai 220 jemaah dan menyediakan persiapan yang rapi dengan menambah baik mutu perkhidmatan yang akan diberikan kepada bakal-bakal haji yang memilih kami sebagai agensi pengelola haji mereka.
”Kami adalah agensi yang menjalankan kursus dengan simulasi lengkap selama 2 hari agar para jemaah dapat merasai sekurang-kurangnya keadaan sebenar yang bakal dihadapi di Mekah nanti” katanya dalam satu kenyataan ketika ditemui semasa Kursus Haji Perdana 1445H di Port Dickson baru-baru ini.
Tambah Rosnah Wagino, Juara Travel & Tours adalah antara syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) menyediakan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.
“Juara juga syarikat pengendali pakej umrah dengan servis terbaik, kami tidak menolak apa sahaja keadaan jemaah, ada yang perlu jalani dialisis namun ingin ke tanah suci juga tetap kami terima kerana kerjasama dengan pihak hospital disana untuk menguruskan jemaah ini.
“Dengan pakej bermula RM6990, kami menyediakan khidmat pembimbing untuk menyantuni para jemaah sebelum, ketika dan selepas mengerjakan ibadah umrah” ujarnya lagi.
Selain itu, Juara juga turut menyediakan perkhidmatan pelancongan luar negara antaranya, Turki, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, India dan sebagainya.
Menurut Rosnah lagi , Juara kini mempunyai 28 cawangan seluruh Malaysia dan ibu pejabatnya terletak Taman Nirwana, Ampang.
Beliau berkata, Juara sentiasa melakukan penambahbaikan dalam memastikan operasi syarikat terus cemerlang dan menjadi pilihan utama jemaah umrah dan haji.