Jenayah & Mahkamah

Suspek bunuh, serang balai polis bukan anggota JI

KUALA LUMPUR – Suspek yang ditembak mati dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor semalam bukan anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 21 tahun itu pada awalnya disyaki mempunyai kaitan dengan JI berdasarkan pembabitan bapa suspek yang juga ahli kumpulan pengganas berkenaan, lapor Harian Metro.

“Suspek yang ditembak mati itu didapati tiada kaitan dengan kumpulan pengganas JI,” katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata, suspek dalam kejadian itu didapati bertindak sendirian dan tiada kaitan dengan kumpulan terancang berdasarkan kesimpulan awal polis.

Kesimpulan itu hasil keterangan diambil daripada 46 individu dalam profil dipercayai berkaitan insiden berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button