Berita Semasa

Azam Baki dilantik semula sebagai KP SPRM – KSN

Pelantikan semula diperkenan Seri Paduka; pegang jawatan selama setahun

PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh satu tahun.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini, lantikan semula itu berkuat kuasa Ahad ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694], Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei 2024,” kata kenyataan itu.

Ini merupakan kali kedua Azam dilantik semula ke jawatan tersebut, yang mana sebelum ini tempoh perkhidmatan beliau dilanjutkan selama setahun pada tahun lalu.

Beliau mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020 bagi menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Azam memegang jawatan itu ketika pentadbiran tiga Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Show More

Related Articles

Back to top button