Automatif & TeknologiBerita Semasa

800 sertai Persidangan Kawal Selia Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Seramai 800 wakil Asean, Korea, Australia dan United Kingdom menyertai Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (International Regulatory Conference – IRC) 2024 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di Hotel The St. Regis, hari ini.

Persidangan selama dua hari yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pagi ini akan membincangkan isu dan potensi berkaitan kemunculan teknologi baharu.

Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

MCMC dalam kenyataannya berkata, persidangan bertemakan “Menyelaraskan Inovasi dengan Keselamatan untuk Masa Depan yang Mampan (Aligning Innovation with Safety for a Sustainable Future) itu menampilkan perbincangan pelbagai inovasi, teknologi terbaru, kerangka kerja kawal selia dan pendekatan dalam persekitaran industri komunikasi dan multimedia.

“Persidangan ini bakal menjadi platform yang akan menghimpunkan pihak-pihak berkepentingan dari seluruh dunia untuk saling bertukar idea, berkongsi pandangan dan meneroka landskap industri yang semakin membangun dengan pantas.

“Persidangan ini juga berusaha untuk merentasi rantau, menawarkan peserta dengan peluang untuk mengambil bahagian dalam dialog aktif dan menjalin hubungan kerjasama yang tidak ternilai,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button