[VIDEO] Program OMHFA anjuran KESUMA terima sambutan luar jangkaan
Fokus KESUMA perkasakan kesihatan mental di tempat kerja
CYBERJAYA – Program Pertolongan Kecemasan Kesihatan Mental Pekerjaan (OMHFA) anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerima sambutan menggalakkan apabila seramai 13,000 peserta sudah mendaftarkan diri.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, pada awalnya pihaknya hanya menyasarkan penyertaan seramai 10,000 peserta.
@malaysiatribune CYBERJAYA – Program Pertolongan Kecemasan Kesihatan Mental Pekerjaan (OMHFA) anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerima sambutan menggalakkan apabila seramai 13,000 peserta sudah mendaftarkan diri. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, pada awalnya pihaknya hanya menyasarkan penyertaan seramai 10,000 peserta. #malaysiatribune
“Apabila saya umumkan program ini pada Februari, sasaran kita adalah 10,000 peserta.
“Hanya dalam masa dua bulan sahaja, 13,000 telah berdaftar dan daripada jumlah itu, seramai 4,000 telah berjaya dilatih sebagai Mental Health First Aider,” katanya, hari ini.
Steven berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir merasmikan Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamata dan Kesihatan di Tempat Kerja di sebuah universiti, di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Ketua Setiausaha, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; dan Ketua Pengarah JKKP, Mohd Hatta Zakaria.
Program yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) ini merupakan satu inisiatif bagi memperkasakan amalan keselamatan dan kesihatan yang baik di tempat kerja.
Kata Steven, kesemua 13,000 yang berdaftar dalam program ini akan siap dilatih sepenuhnya menjadi Mental Health First Aider sebelum hujung tahun.
“Untuk makluman semua, kesihatan mental merupakan antara fokus kementerian pada tahun ini.
“Jadi, inisiatif ini bakal menjadi satu kekuatan kita untuk memperkasakan dasar kesihatan mental di tempat kerja termasuk di sektor awam,” katanya lagi.