
Jangan kerana berbeza pendapat jadi penghalang kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kedah – PM
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi kesejahteraan rakyat.
Anwar dalam ucapannya ketika hadir meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah menyentuh soal akhlak dan adab dalam perbezaan pandangan.
“Islam mengizinkan kita berbeza pandangan dalam soal tafsiran, pendekatan, strategi dan keutamaan namun ia perlu diuruskan secara beradab dan berhemah,” katanya dalam hantaran di laman Facebook semalam.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Kerajaan Negeri Kedah yang memberikan kerjasama penuh dalam penganjuran majlis itu meskipun berbeza pandangan politik.
Anwar berkata, beliau mengambil maklum betapa Kedah mempunyai peranan penting dari segi pengeluaran hasil padi dan memastikan keterjaminan makanan namun pada masa sama, kelompok penanam padi di negeri itu kekal miskin.
“Justeru, saya tekankan betapa kementerian dan agensi Persekutuan perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan usaha-usaha membangunkan negeri Kedah khususnya bagi membasmi kemiskinan.
“Ini termasuklah usaha meningkatkan pendapatan petani menerusi lonjakan hasil padi yang memerlukan perbelanjaan RM5 bilion daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |