Berita Semasa

Hina mangsa nahas helikopter: Pengamal media buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Seorang pengamal media membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial yang mengeluarkan komentar jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas semasa menjalani latihan raptai di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut kelmarin.

Menurut Wat Kamal Abas, 51, tindakan itu disifatkan melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih sedih selepas kehilangan ahli keluarga mereka.

Wat Kamal Abas membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial yang mengeluarkan komentar jelik kepada mangsa nahas helikopter.

“Pengguna media sosial menggunakan nama Saifuddin Shafik telah beri komen dengan perkataan ‘Baru raptai dah mampos.Tak sempat nak perang’.

“Perkataan biadap itu sepatutnya tidak dikeluarkan ketika ramai rakyat khususnya kaum keluarga mangsa sedang dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga,” katanya.

Selain itu, Kamal turut meminta orang ramai untuk membuat laporan polis sekiranya terlihat kiriman atau komentar yang menghina anggota tentera yang menjadi mangsa nahas tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button