Berita Semasa

Sambutan ulang tahun TLDM ke-90 dibatalkan, digantikan majlis tahlil

LUMUT -Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini akan dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sambutan itu dibatalkan atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Kehormat TLDM.

“Kita batalkan (sambutan ulang tahun TLDM) dan diganti dengan majlis doa selamat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Terdahulu Mohamed Khaled melakukan lawatan ke tempat nahas melibatkan helikopter TLDM di sini hari ini.

Mohamed Khalid memberitahu, pengurusan jenazah nahas itu turut dibantu Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TLDM, namun mengikut perancangan keluarga masing-masing.

Beliau berkata, kementeriannya juga membantu membawa pulang jenazah berasal dari Sabah, selepas semua urusan selesai.

“Setakat ini, keluarga mangsa yang menetap di Kota Kinabalu, Sabah sudah dibawa ke sini dan mereka akan terus ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Pagi tadi, pesawat HOM (M503-3) dan AS550 Fennec yang membawa tujuh kru terhempas di stadium kem berkenaan manakala pesawat Fennec yang membawa tiga kru terhempas di kawasan kolam renang kem.

Kedua-dua helikopter itu dilaporkan berlepas dari padang Sitiawan pada pukul 9 pagi tadi sebelum bertembung ketika melakukan pergerakan akrobatik ketika melintasi ruang udara kem berkenaan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button