Berita Semasa

Berita gembira untuk pengguna prepaid Isnin hadapan – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan berita gembira kepada pengguna pelan prabayar (prepaid) menjelang Isnin ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya kini sedang berbincang mengenai perkara itu dengan beberapa syarikat telekomunikasi utama di negara ini untuk persetujuan.

“Pada waktu ini, saya belum bersedia untuk membuat sebarang pengumuman, tetapi harapan saya dalam masa yang singkat ada beberapa perkara dapat kita persetujui.

“Insya-Allah, saya harap ada berita baik terutama bagi pengguna prabayar. Kita akan tahu dua tiga hari lagi, menjelang Isnin ini,” katanya memetik laporan Bernama.

Terdahulu beliau menziarahi bekas wartawan Utusan Malaysia, Muhammad Basir Abu Bakar yang menghidap penyakit jantung dalam program Kasih@HAWANA 2023 di sini, hari ini.

Mengenai dasar pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB), beliau berkata, ia akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri minggu hadapan.

Fahmi berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu dan ada beberapa perkara yang diminta Perdana Menteri untuk diteliti.

Show More

Related Articles

Back to top button