Berita Semasa
Gagal penuhi syarat, kerajaan batal projek lebuh raya PJD Link
PUTRAJAYA – Pembinaan Projek lebuhraya Petaling Jaya (PJD Link) tidak diteruskan setelah jemaah menteri membuat keputusan hari ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat selepas pemegang konsesinya, gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan.
“Jemaah menteri membuat keputusan tidak akan melanjutkan perbincangan dengan pihak PJD Link yang memohon lanjutan untuk memenuhi sejumlah syarat.
“Sebelum ini pihak syarikat sudah memohon dua kali lanjutan bagi memenuhi syarat ditetapkan akan tetapi akibat daripada kegagalan itu, maka projek terbabit tidak diteruskan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.