MOT nafi sasaran saman kepada JPJ
KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan sebaran maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dikatakan mempunyai sasaran tertentu untuk mengeluarkan saman kepada orang ramai.
Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya tidak pernah meletakkan sebarang KPI mengenai jumlah saman yang perlu dikeluarkan.
“Berhubung dengan KPI OPS JPJ yang ditularkan oleh segelintir orang yang tidak bertanggungjawab dan perkara itu adalah palsu,” katanya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hari ini.
Anthony berkata, KPI utama badan penguatkuasa JPJ adalah untuk memastikan keselamatan jalanraya dengan mengadakan operasi dan pemantauan bukanlah dengan hanya mengejar saman seperti mana tertular beberapa hari yang lalu.
Mengulas lanjut, Anthony berkata, bagi mereka yang melanggar peraturan dan tidak patuh kepada undang – undang saman akan tetap dikeluarkan bagi menjamin keselamatan semua
Anthony turut menasihatkan orang awam untuk mendapatkan infomasi yang benar sebelum mempercayainya.
Menteri Pengangkutan juga telah mengadakan lawatan ke TBS bagi memantau ketersediaan operasi dan memastikan kelancaran di sepanjang musim perayaan ini.