Berita Semasa

Terserah budi bicara YDPA – Azalina

PUTRAJAYA – Proses pengampunan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak kini terserah kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong sepenuhnya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dalam keadaan sekarang tidak ada sesiapa boleh memaksa supaya Najib diberikan pengampunan.

“Saya rasa bab itu (pengampunan diraja), apa pun ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Sekarang ini tidak ada prosedur undang- undang, sekarang adalah (terserah) budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi, kita tidak boleh paksa, biar Yang di-Pertuan Agong yang buat keputusan kalau mahu mengkaji.

“Kita (Umno) sudah tidak terlibat,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Azalina berkata demikian selepas melancarkan laman sesawang Malaysia-Sulu Case di Pejabat Perdana Menteri (PMO), di sini hari ini.

Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata demikian sebagai mengulas pandangan peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang berpendapat parti tersebut tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib.

Bagaimanapun, kata Mohd. Hanif, UMNO boleh memfailkan surat, petisyen atau kenyataan sokongan ditandatangani ahli-ahlinya kepada Seri Paduka untuk menyokong permohonan Najib.

Show More

Related Articles

Back to top button