Berita Semasa

Kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu: SPR adakan mesyuarat khas 4 April

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, pemakluman itu dibuat oleh daripada Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San.

Beliau berkata, berdasarkan peruntukan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut berlaku dan disahkan oleh SPR.

“Sehubungan itu, satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 4 April ini.

“Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, mesyuarat itu juga akan membincangkan mengenai tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan-persiapan lain.

Sehubungan itu katanya, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button