Jenayah & Mahkamah

Pegawai kanan polis direman tiga hari – SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawai kanan polis yang ditahan semalam, direman selama tiga hari bermula hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, hari ini.

Difahamkan, pegawai kanan berkenaan ditahan mengikut Akta SPRM 2009.

Azam sebelum itu mengesahkan seorang pegawai kanan di IPK Kuala Lumpur ditahan SPRM, semalam.

Turut mengesahkan penahanan itu ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid yang berkata, pegawai yang ditahan bertugas di ibu negara.

Beberapa laporan lain pula menyebut suspek berpangkat Deputi Superintendan (DSP).

Suspek ditahan sejak semalam bagi membantu siasatan melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Difahamkan, penahanan pegawai terbabit turut membawa kepada penemuan sejumlah wang tunai lebih RM2 juta selain turut memiliki harta yang tidak munasabah.

Show More

Related Articles

Back to top button