Jenayah & Mahkamah

Wan Saiful mengaku tidak bersalah, minta, terima rasuah RM6.9 juta

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di ibu negara hari ini atas pertuduhan pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) tahun lalu.

Walaubagaimanapun, Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Ahli Parlimen Gelugor itu juga didakwa meminta satu jumlah yang tidak ditentukan untuk projek jalan raya, ‘Central Spine Road’ bernilai RM232 juta.

Mengikut kertas pertuduhan, bagi pertuduhan pertama, dia dituduh meminta rasuah berbentuk suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek ‘Central Spine Road’ Sertik ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara Pra-Kelayakan yang jumlah keseluruhannya bernilai RM232,000,000.

Wan Saiful didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 Akta 694 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Bagi pertuduhan kedua, Wan Saiful secara rasuah menerima bagi diri kamu suatu suapan, iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694 pada 08 Julai 2022 hingga 30 September 2022 di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Terdahulu, Hakim bersetuju Wan Saiful diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin, selain diminta untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya pada minggu pertama setiap bulan.

Sebutan semula kes bagi serahan dokumen dijadualkan pada 22 Mac ini.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button