Berita Semasa

Sistem pemeriksaan motosikal M-Bike di Johor kembali pulih

Oleh: Salihin Rusydi Saiful Bahar

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengumumkan Sistem M-Bike di Zon Pemeriksaan Motosikal Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor pulih sepenuhnya sejak semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, Sistem M-Bike kini beroperasi dengan lancar selepas kerja-kerja konfigurasi,  katanya dalam kenyataan ringkas di media sosial.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri, JIM Negeri Johor dan syarikat pengendali penyelenggaraan sistem selepas berjaya mengatasi gangguan teknikal tersebut.

Ruslin berkata, kejayaan itu juga adalah hasil daripada sokongan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak terbabit supaya terus komited dalam pemantauan zon pemeriksaan motosikal secara berterusan selama 24 jam sehari bagi mengelakkan kejadian yang serupa.

Selain itu, JIM juga akan meningkatkan proses kerja dan sistem guna bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan di pintu masuk utama Malaysia dan Singapura.

Show More

Related Articles

Back to top button