Jenayah & Mahkamah

Penunggang motosikal melambung tinggi dirempuh kereta

BATU PAHAT – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut serta merta selepas dirempuh sebuah kereta yang cuba memotong kenderaan di Batu 21, Jalan Muar- Parit Sulong, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, mangsa, Mohd Riduan Abdullah, 58, yang menunggang motosikal Benelli melambung setinggi tiang elektrik selepas dirempuh.

Menurutnya, akibat pelanggaran oleh kereta jenis Toyota Vios itu, mangsa yang beralamat di Merlimau, Melaka mengalami cedera parah di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lelaki tempatan berumur 24 tahun yang memandu Toyata Vios mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki.

“Ujian saringan awal air kencing ke pemandu tersebut mendapati tiada mengandungi sebarang jenis dadah.

“Pemandu yang beralamat di Muar itu telah ditahan dan diberi jamin polis pada Selasa, selepas diambil kenyataan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar Mushaddat, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular video seorang penunggan motosikal terpelanting tinggi selepas dirempuh dengan Toyota Vios berwarna putih.

Show More

Related Articles

Back to top button