Berita Semasa

JBPM giatkan usaha cari anggota dikhuatiri lemas

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang sedang menggerakkan usaha mencari dan menyelamat seorang anggotanya yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jeti Sungai Mak Mandin di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira  pukul 10.10 malam itu, PBK II KUP, Mohd. Izwan Illias, 42, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, JBPM Negeri Pulau Pinang dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang menjalani ujian power train enjin bot (kevlar).

“Strategi pelaksanaan pencarian menggunakan kaedah ‘Water Surface Searching’ telah mula dijalankan dengan membuat pembahagian kepada beberapa sektor pencarian di sekitar lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu oleh BBP yang berdekatan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia dan unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA),” kata Unit Korporat JBPM dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Kenyataan itu menyebut, operasi mencari dan menyelamat melibatkan 61 anggota  beserta aset dan unit K9.

“Sehingga kini, status mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan operasi mencari dan menyelamat masih sedang giat dijalankan” kata kenyataan itu lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button