Berita Semasa

Bah kut teh diangkat sebagai makanan warisan negara menerusi Warta Kerajaan

PUTRAJAYA – Bah kut teh diangkat sebagai salah satu makanan warisan negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan Perisytiharan Objek Warisan 2024.

Perisytiharan itu dimuat naik dalam Warta Kerajaan di laman web Jabatan Peguam Negara hari ini.

Menurut Pesuruhjaya Warisan, Mohamad Muda Bahadin, makanan itu diletakkan sebagai objek yang disenaraikan sebagai objek warisan bertarikh 16 Februari 2024.

Bah kut teh yang merupakan hidangan sup tradisi tulang rusuk babi dan dimasak dalam herba tradisi popular di kalangan masyarakat Cina diletakkan sebagai makanan warisan di bawah kategori sup.

Selain makanan itu, turut disenaraikan ialah burasak, mi kolok dan nasi ambeng bagi kategori makanan ruji.

Untuk kategori kuih tradisional ialah dodol kukus tahi minyak, kuih genggang/kuih lapis, kuih karas dan uthappam.

Sementara itu, jeruk tahau dan air katira masing-masing diangkat sebagai makanan warisan di bawah kategori makanan pembuka selera dan minuman.

Show More

Related Articles

Back to top button