Berita Semasa

Sarawak berkabung dua hari hormati pemergian bekas TYT

KUCHING – Rakyat Sarawak akan berkabung selama dua hari susulan kematian bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Abu Bakar Marzuki berkata, sebagai penghormatan kepada Allahyarham, bendera negeri akan diturunkan separuh tiang.

Katanya, sepanjang tempoh itu juga semua acara berbentuk hiburan tidak dibenarkan dan perlu ditangguhkan.

Abdul Taib, 87, yang juga bekas Ketua Menteri paling lama mentadbir Sarawak meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada pukul 4.40 pagi tadi.

Allahyarham akan ditempatkan di kediamannya di Demak Jaya, sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir dari 8 pagi hingga 12 tengah hari esok.

Jenazahnya dijadual disemadikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya selepas solat Zohor esok.

Show More

Related Articles

Back to top button