Berita Semasa

[VIDEO] KPDN sedia siasat dakwaan wujud kartel beras

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedia menyiasat dakwaan wujudnya aktiviti kartel dalam industri padi dan beras negara.

Menterinya, Datuk Mohd Armizan Ali berkata, pihaknya sentiasa terbuka mengambil tindakan sewajarnya jika Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau mana-mana pihak mempunyai maklumat berkaitan perkara itu.

@malaysiatribune

KPDN sedia siasat dakwaan wujudnyabkartel beras dalam negara. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya menerusi Suruhanjaya Persaingan (MyCC) sentiasa terbuka mengambil tindakan sewajarnya jika ada menerima maklumat berkaitan perkara demikian. #malaysiatribune #isuberas

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Sejak berkuat kuasa Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, bidang kuasa kawal selia berkaitan industri padi dan beras terletak di bawah KPKM.

“Namun jika ada isu yang disebut mengenai kartel beras ini, KPDN khususnya MyCC, kita terbuka sekiranya KPKM atau pihak tertentu ada maklumat, boleh salurkannya kepada MyCC,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Armizan berkata demikian ketika ditanya mengenai mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa cadangan pelaksanaan beras putih Malaysia Madani, mampu mengekang industri beras negara daripada kawalan pihak kartel.

Mengulas lanjut, Mohd Armizan berkata, isu berkaitan inisiatif dan penambahbaikan serta pemodenan industri beras dan masih di bawah bidang kuasa KPKM.

“Adalah lebih baik jika Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu yang menjawab isu terbabit,” katanya lagi.

Terdahulu, Mohamad dalam satu kenyataan menjelaskan kerajaan belum memutuskan pengenalan satu gred beras putih dikenali beras putih Malaysia Madani seperti diumum Pengerusi NACCOL, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Pengumuman Syed Hussin berhubung penjualan beras putih Malaysia Madani berharga RM30 bagi kampit 10kg mulai 1 Mac ini, menggantikan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) menimbulkan persoalan ramai termasuk dalam kalangan pemain industri peruncitan.

Mesyuarat NACCOL dijadual akan berlangsung Jumaat ini.

Show More

Related Articles

Back to top button