Berita SemasaSukan

UPM promosi sukan teqball

KUALA LUMPUR – Seramai 40 orang yang teridiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG), kakitangan UPM dan orang awam hadir menyertai bengkel asas sukan teqball yang diadakan pada 3 Februari lalu di Kompleks Sukan UPM di sini.

Pengarah Akedemi Sukan UPM, Prof. Dr. Tajularipin Sulaiman berkata, pengisian bengkel asas sukan teqball itu meliputi pengenalan kepada peralatan, teknik dasar permainan, aturan permainan, serta latihan-latihan praktikal untuk meningkatkan kemahiran pemain.

“Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan sukan teqball kepada peserta dan membantu mereka memahami dasar-dasar permainan serta mengasah kemahiran teknikal dianjurkan oleh Persatuan Teqball Malaysia dengan kerjasama Akedemi Sukan UPM.

“UPM akan meletakkan sukan teqball dalam kalendar sukan UPM dan akan mempertandingkan dalam sukan kolej yang akan diadakan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga mahu mengangkat lagi sukan tersebut dengan memohon supaya Liga Teqball kebangsaan diadakan di UPM.

Katanya, ia merupakan satu kerjasama staregik diantara UPM dan Persatuan Teqball Malaysia dalam melahirkan ramai lagi pemain, pegadil dan jurulatih.

“Sukan teqball akan dipertandingkan dalam Sukan SEA pada tahun 2025 di Bangkok, Thailand dan ini adalah satu peluang yang baik bagi pemain pemain muda dan mempunyai masa depan yang cerah kerana sukan teqball masih lagi baru di negara ini.

“Persatuan Teqball Malaysia amat berterima kasih kepada UPM kerana bersama menganjurkan bengkel ini dan berharap satu akedemi akan dapat diwujudkan di UPM dalam masa yang terdekat ini atas bimbingan dan permintaan daripada Kementerian Belia dan Sukan”

“UPM juga dirasakan amat strategik kerana mempunyai ramai pemain bolasepak dan sepak takraw yang boleh menyertainya,” katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Teqball Malaysia, Siva Kumar Jakarathan berkata, masa depan teqball cerah dengan kejohanan peringkat antarabangsa akan dimainkan di Hungary dan Eropah.

“Malaysia juga akan mengadakan siri terbuka antarabangsa dan juga liga teqball Malaysia tidak lama lagi.

“Dengan pertumbuhan populariti teqball di Malaysia, terdapat peluang yang semakin meningkat untuk atlet tempatan. Pihak berkuasa sukan tempatan dan badan pengurusan teqball sedang bekerjasama untuk menyediakan infrastruktur dan sokongan yang diperlukan untuk membangunkan bakat-bakat tempatan dalam sukan ini.

Teqball semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia sebagai satu alternatif sukan yang menarik dan bermanfaat.

“Dengan sokongan yang terus berkembang dari pelbagai pihak, dijangka populariti dan pertumbuhan sukan ini akan terus meningkat di masa akan datang, sekali gus memberi peluang yang berharga kepada atlet Malaysia untuk bersinar di arena antarabangsa,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button