Berita Semasa

Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi bermula hari ini

Sebanyak 3,792 stesen minyak terlibat dalam SKDS 2.0

SEPANG – Sebanyak 3,792 stesen minyak terlibat dalam Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) iaitu pemberian kuota diesel bersubsidi kepada sektor pengangkutan darat barangan yang bermula hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, usaha itu dijangka dapat memberi maklum balas dan analisis yang tepat kepada Kementerian dalam memperkemas mekanisme bagi penyasaran semula subsidi diesel.

“Langkah awal ini juga dapat menguji keberkesanan Sistem MySubsidi Diesel dan juga sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak sebelum dilaksanakan kepada keseluruhan industri

“Mekanisme penggunaan Fleet Card ini adalah antara usaha Kerajaan untuk beralih daripada Sistem Analog Skid Tank kepada Fleet Card dalam memastikan subsidi secara bersasar dapat dilaksana secara bersepadu selain dapat memastikan kes ketirisan dan penyeludupan pada tahap yang paling minimum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Armizan meninjau pelaksanaan hari pertama Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bagi Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) di Sepang hari ini.

Terdahulu beliau meninjau pelaksanaan hari pertama Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bagi Sektor Pengangkutan Darat (Barangan).

Armizan berkata, sebanyak enam syarikat perintis menerima kuota pemula melalui saluran fleet card yang boleh digunakan bergantung kepada laluan kenderaan syarikat masing-masing di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Antaranya Perceptive Logistic Sdn. Bhd; Multimodal Freight Sdn. Bhd; Mun Chuen Transport Sdn. Bhd; Tan Swee Hee Sdn. Bhd; Sim Yew Enterprise Sdn. Bhd dan Rantau Panjang Haulage Sdn. Bhd,” katranya.

Kerajaan sebelum ini merancang inisiatif penyasaran semula subsidi diesel pada suku kedua tahun 2024 yang bermaksud subsidi diesel tidak akan diberikan secara pukal di stesen-stesen minyak.

Melalui inisiatif penyasaran semula subsidi diesel ini, kerajaan pada dasarnya mempertimbangkan pemberian subsidi dengan kadar khas kepada Sektor Pengangkutan Darat bagi sub-sektor Awam dan sub-sektor Barangan melalui pelaksanaan SKDS 2.0

Show More

Related Articles

Back to top button