
Tidak isytihar pendapatan, Cikgu Fadli kena denda cukai hasil RM1 juta
KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak mengisytiharkan pendapatan sampingan sejak lebih tujuh tahun lalu, bekas guru yang juga pempengaruh terkenal, Mohd Fadli Mohamed Salleh dikenakan denda dan cukai berjumlah RM1 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Mohd Fadli yang lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli berkata, selepas membuat rayuan kepada agensi berkenaan, jumlah yang perlu dibayar dikurangkan kepada RM700,000 dengan tempoh bayaran ansuran selama tiga tahun.
Katanya, syarat bayaran yang ditetapkan itu memerlukan beliau membayar kira-kira RM20,000 sebulan kepada LHDN.
“Aku nak kena cari RM1000 sehari, RM30k sebulan. Kena konsisten minima 3 tahun.
“Punca? Aku tak declare side income dengan LHDN sejak 2017. Tahun lepas team LHDN kejar aku. A-Z dia siasat.
“Akhirnya keputusan keluar. Caj total cukai + penalti aku kena bayar RM1.045 juta.,” katanya dalam hantaran di Facebooknya semalam.
Menurut Cikgu Fadli, komitmen kewangan yang meningkat sehingga tiga kali ganda itu memaksa beliau melakukan pelbagai pekerjaan dan melupakan hasrat untuk bersara awal.
“Komitmen bulanan loan rumah, kereta, bil api air, duit belanja anak, duit belanja puan isteri, segala jenis bil, minyak kereta, makan minum aku semua nak kena ada sekitar RM10k sebulan.
“So, nak tak nak aku kena cari RM1000 sehari atau RM30k sebulan baru lepas leher aku bernafas,” katanya.
Katanya, walaupun mampu memperoleh pendapatan RM30,000 hasil daripada Public Gold, Unit Trust, jualan buku latihan, kelas online dan pelbagai lagi, ada masanya sasaran tidak dapat dicapai.
“Hari ni dah 7hb, baru dapat cari sekitar RM3k. Short RM4k lagi. Kalau berterusan short gini, mati aku nak cover hujung bulan nanti.
“So, pulun je lah buat kerja apa pun. Asalkan halal aku layan belaka. Tinggal maruah je aku belum jual ni,” selorohnya.
Sehubungan itu, Cikgu Fadli mengingatkan orang ramai supaya mengambil pengajaran daripada kisahnya dan tidak culas daripada melaksanakan tanggungjawab mengisytiharkan pendapatan.
“Demi negara, kurelakan sejuta. Tapi dengan linangan airmata lah,” luah beliau dalam hantaran yang dikongsi sebanyak 846 kali itu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |