Berita Semasa

Kementerian Komunikasi sudi bantu kementerian sebar maklumat

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi akan terus membantu kementerian dan institusi dalam kerajaan menyampaikan mesej secara lebih berkesan melalui penyelarasan antara agensi yang telah dan akan dilakukan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, keberhasilan penyampaian maklumat khususnya kepada golongan sasar menjadi perkara yang paling kritikal dalam menyebar luaskan maklumat.

Beliau berkata, bentuk-bentuk bantuan yang mampu disediakan kementerian itu termasuk mengurangkan risiko, menangkis fitnah, memperbetulkan persepsi atau memperkemaskan komunikasi dalaman.

“Kita akan teliti beberapa perkara untuk bantu kementerian lain sebar luas maklumat, agenda dasar dan program yang akan dilaskanakan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini.

Fahmi berkata, bagi merangka strategi dan tektik kementerian sepanjang tahun 2024, pihaknya akan mengadakan program pemukimam pada 1 hingga 3 Februari ini.

Sementara itu, model pelaksanaan 5G daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian akan diputuskan dalam masa terdekat.

Fahmi berkata, mesyuarat khas berhubung perkara itu telah dibuat sebelum memorandum Jemaah Menteri disediakan.

“Langkah seterusnya hendak sediakan memorandum jemaah menteri hendak bincang dan putuskan samada masanya sudah tiba untuk benarkan kewujudan rangkaian kedua dan ini samada bolehkan pelaksanan rangkaian 5G menjadi lebih mampan dan memberi lebih banyak peluang syarikat telco sediakan perkhidmatan baik untuk rakyat,” katanya.

Katanya, jumlah pengguna 5G melonjak lebih 3 juta dalam setahun berbanding 404,323 pada 2022.

Show More

Related Articles

Back to top button