PM kekal pendirian tidak ambil gaji, potongan gaji menteri diteruskan
CYBERJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian untuk tidak akan mengambil gaji jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022 selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, langkag sama turut diambil oleh Jemaah Menteri dengan pemotongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.
Tambah Anwar, pendirian itu akan kekal dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih.
“Setakat ini, saya umumkan saya tidak ambil gaji, dan potongan 20 peratus bagi yang lain (Jemaah Menteri) selagi ekonomi tidak pulih sepenuhnya… ada perubahan (ekonomi), tetapi belum boleh lagi (ambil gaji),” katanya.
BeliU berkata demikian pada sidang media sempena program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini, hari ini.
Pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov 2022, Anwar berkata beliau tidak akan mengambil gaji bagi jawatan Perdana Menteri.